Istana Utama Dinasti Joseon,   Gyeongbokgung~~ 




출처 : 한국민족문화대백과



  Istana Gyeongbokgung merupakan istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1395.


  Gyeongbokgung terletk di hadapan Gunung Baegaksan, berhadapan Gwanghwamun, gerbang utama ke istana. Di sana terdapat Yukjo-geori yang merupakan pusat politik dan ekonomi[sekarang Sejong-ro].






  Nama istana 'Gyeongbok' ini mengandung makna bahawa(itu) 'Dinasti baru menikmati kemakmuran melalui kurniaan(hadiah)'


  Setelah terbakar dalam serangan Jepang pada tahun 1592, Istana Gyeongbokgung tidak dibaik pulih, namun setelah 270 tahun kemudian, akhirnya dibaik pulih pada tahun 1867.


  Ketika itu, sekitar 500 buah bangunan dibaik pulih termasuk pejabat-pejabat raja, pejabat-pejabat kakitangan kerajaan, bangunan tempat tinggal raja dan keluarga diraja serta pelayan, ruang berehat(istirahat) dan sebagainya.


  Istana Gyeongbokgung pernah dihancurkan oleh Jepang ketika zaman penjajahan Jepang dan lebih dari 90% bahagian(bagian) istana hancur dengan alasan penyelenggaraan Pameran Produk Industri Joseon pada tahun 1915.


  Pada tahun 1990, pemerintah Korea mula melaksanakan projek pembaharuan semula istana dengan memusnahkan bangunan pemerintahan penjajahan Jepang untuk membaik pulih Istana Gyeongbokgung.






*Tip!!

1. Tutup pada setiap hari Selasa

2. Bayaran Masuk Gratis

  1) Usia : 6 tahun ke bawah / 65 tahun ke atas

  2) Pakaian : pakai Hanbok

  3) Hari : hari rabu akhir minggu setiap bulan


Website : www.royalpalace.go.kr




+ Recent posts